SK. MAHKOTA
SARI, GERIK
TENAGA
DIPERBAHARUI & KECEKAPAN TENAGA PADA RUMAH DI TEPI PANTAI
DISEDIAKAN OLEH:
KUMPULAN: GREENZ
1.
2.
3.
4.
OBJEKTIF
1. Dapat
menghasilkan sebuah model rumah di tepi pantai yang mempunyai ciri-ciri
kecekapan tenaga yang efisyen dan menggunakan sumber semulajadi secara optimum.
2. Menjadikan
individu yang peka terhadap permasalahan iklim dunia seperti pemanasan global,
pencemaran karbon, dan penipisan lapisan ozon.
3. Memahirkan
murid dalam teknik reka bentuk dan modeling.
4. Melahirkan
murid yang tahu bersyukur iaitu dengan menghargai alam dan mengeksploitasinya
dengan sebaik mungkin serta tidak membazir.
5. Melahirkan
murid yang berketerampilan dalam bidang reka cipta dan pengetahuan sains.
6. Melahirkan
perasaan toleransi dan bantu-membantu dalam diri murid.
7. Melahirkan
individu yang cekal, tabah dan berkeyakinan tinggi serta berani dalam menjalani
kehidupan.
KAEDAH
1. Menghasilkan
buku idea secara berkumpulan.
2. Membina
model rumah yang mempunyai kemudahan:
-
2 bilik
tidur
-
1 bilik
air
-
1 dapur
-
1 ruang
makan
-
1 ruang
tamu
3. Melabel ruangan rumah
4. Kumpulan dibahagi 2
5. Kumpulan 1: Menambah aksesori pada rumah
seperti:
-
Panel
suria, pendawaian, lampu LED dan suis
-
Model
kincir angin
-
Model
panel gelombang
-
Model
turbin aliran air
-
Model
turbin udara perolakan
-
Model
turbin perangkap udara
-
Tong-tong
kitar semula serta tong baja kompos
-
Pokok-pokok
untuk menambah keredupan halaman
-
Membuat
kemasan terhadap model
6. Kumpulan
2: Menghasilkan persembahan multimedia menggunakan perisian MS Power point.
7. Persembahan
kepada panel hakim
PERALATAN
1 Pisau (NT Cutter)
besar
2 Gunting
3 Stapler
4 Pemutar skru pipih
5 Pemutar skruPhi l
ips
6 Playar
7 Playar muncung
panjang
8 Pembaris besi 30 cm
9 Pembaris plastik
30 cm
10 Penjalur wayar
11 Pembaris meter
12 Masking tape
13 Tali No.4
14 Plasticine
15 Corrugated card
16 Plastik transparen
17 Pasir
18 Hard board/mountain
board
19 Benang
20 Sel solar
21 LED
22 Twin-flex wire
23 Marker pelbagai
warna
24 Gelang getah
25 Jarum peniti
26 Paku ½inci
27 GamUH U
28 Paku tekan
29 Lidi buluh
30 Dawai
31 Sarung tangan getah
32 Kad manila
33 Pemotong polyform
34 Papan pemotong
PENERANGAN
TENTANG MODEL PELAN RUMAH
1. Serambi
ditambah dan diletakkan menghadap laut untuk menambah kawasan redup dan
berangin yang tidak dihalangi dinding untuk menambah kuantiti udara sejuk,
serta dapat digunakan untuk aktiviti senggang luar rumah.
2. Ruang
tamu menghadap laut untuk memudahkan pandangan tetamu melihat dan mendengar
keindahan laut.
3. Bilik
tidur terletak di bahagian membelakangi arah laut untuk membolehkan bayu darat
yang sejuk pada waktu malam melaluinya dan mengurangkan bunyi bising ombak
laut.
4. Ruang
makan di bahagian tengah dan tidak terhalang oleh dinding dengan ruang tamu
untuk memudahkan pergerakan anggota rumah dan membolehkan udara bebas bergerak
5. Dapur
dibina bersama bilik air dan pintu belakang di bahagian sudut belakang untuk
memudahkan anggota rumah mudah melakukan aktiviti kekeluargaan seperti memasak,
mandi, membasuh, berkebun dan aktiviti-aktiviti lain.
6. Rumah
dibina agak tinggi dan terletak sedikit tinggi dari aras pantai.
7. Rumah
dibina setingkat, selapis iaitu dalam bentuk L jika diasingkan serambi dan
siling adalah mengikut rupa bentuk bumbung untuk memudahkan udara panas
bergerak ke atas.
REKABENTUK
PELAN
PELAN
BUMBUNG
PANDANGAN
HADAPAN
PANDANGAN
SISI
PENERANGAN KONSEP KECEKAPAN TENAGA
1. Rumah
direkabentuk agar udara boleh merentasinya dengan mudah seperti:
ii.
Susunan
bilik-bilik dan ruang yang membolehkan udara bebas bergerak.
iii.
Seladara
[lubang-lubang udara] dibuat dibahagian kaki dinding dan dilapisi jaring untuk
udara sejuk yang lebih berat melaluinya.
2. Menggunakan
kaedah penjimatan tenaga elektrik dan mengurangkan kepanasan seperti:
i. Penggunaan
tingkap lutcahaya yang membenarkan cahaya siang masuk ke dalam rumah secara
optimum.
ii. Penggunaan
lampu jimat tenaga seperti lampu LED dan kalimantang.
led
iii. Dinding dari jenis batu bata merah atau
marmar.
iv.
Bumbung dilapisi
panel tumbuhan berumpai yang menggunakan bata ringan dan disalurkan nutrien.
Tumbuhan tutup bumi seperti rumput, ros jepun dan rumpai kerak nasi.
v. Penggunaan
marmar pada lantai untuk menambah kesegaran.
iv.
Menanam
pokok-pokok tanah pantai untuk menambah keredupan seperti pokok ru, gajus dan
jambu laut.
v.
Menggunakan
panel bumbung rerumpai yang bertujuan untuk menanam rumput. Rumput dapat
menghalang bahang cahaya matahari meresap ke dalam rumah.
vi.
Menggunakan
panel aliran udara panas.
PENERANGAN KONSEP TENAGA DIPERBAHARUI
1. Menggunakan
peralatan untuk menghasilkan tenaga elektrik alternatif seperti:
i.
Panel solar
Diletakkan di atas bumbung menghadap cahaya matahari
untuk menghasilkan tenaga elektrik dari sumber solar.
ii.
Kincir angin
Dibina di tepi rumah dan menghadap ke arah laut untuk
menangkap angin lautan yang kencang. Putaran kipas akan menggerakkan dinamo dan
menghasilkan tenaga elektrik.
iii.
Panel gelombang laut
Panel diletakkan di tepi pantai. Pergerakan gelombang
ombak menggerakkan panel seterusnya turbin lalu menghasilkan tenaga elektrik.
iv.
Turbin aliran air hujan
Air yang dikumpul di bumbung rumah ketika hari hujan
di alirkan ke satu kawasan yang melalui turbin mini, lalu menghasilkan tenaga
elektrik.
v.
Turbin udara perolakan
Udara panas yang naik ke atas menggerakkan turbin perolakan.
Udara panas yang naik ini menghasilkan ruang hampa lalu menarik udara sejuk
masuk ke dalam rumah.
vi.
Panel bumbung alga
Berfungsi mengubah gas buangan alga ketika
berfotosintesis kepada sumber tenaga
2. Semua
tenaga ini disimpan di dalam bilik bateri. Terdapat bateri yang boleh di cas di
dalamnya. Tenaga berlebihan akan disalurkan kepada pusat penyimpanan tenaga
kerajaan.
3. Menyediakan
tong kitar semula. Sampah organik digunakan untuk
menghasilkan baja manakala
sampah-sampah tak organik seperti
kertas, kaca, plastik dan logam di jual.