TAMAN HERBA SEKOLAH
Setiap sekolah harus membangunkan sebuah taman walaupun kecil. Taman boleh saja dibangunkan mengikut konsep tertentu seperti taman herba, taman aroma, taman air atau taman dapur. Fungsi taman ini adalah sebagai medium pembelajaran murid di samping dapat mencantikkan sekolah dan dapat memberi ketenangan kepada warga sekolah.
Ahad, 5 Ogos 2018
Khamis, 5 Oktober 2017
TAMAN HERBA SEKOLAH
Sekolah merupakan institusi yang sangat penting dalam membina jatidiri seseorang kanak-kanak. Salah satu wadah pembelajaran murid yang selalu diabaikan dan sering menjadi musuh sebilangan pekerja sekolah adalan Taman Herba Sekolah.
Pembangunan sesebuah taman herba di sesebuah sekolah adalah bergantung kepada komitmen pengurusan sekolah terutama Guru Besar atau Pengetua. Sehingga kini, belum ada arahan dari pihak Kementerian pelajaran yang mewajibkan semua sekolah membina sebuah taman pembelajaran seperti Taman Herba atau Taman Sains.
JOHOR
KEDAH
KELANTAN
KUALA LUMPUR
KEDAH
KELANTAN
KUALA LUMPUR
LABUAN
NEGERI SEMBILAN
PAHANG
PERAK
- Taman Herba SK Gopeng, Jalan Ilmu, Gopeng
- Taman Herba SK Gopeng, Taman Gopeng, Gopeng
- Taman Herba SK Gunung Panjang, Gopeng
- Taman Herba SK Mahkota Sari, Gerik
- Taman Herba SK Pengkalan Baharu, Sungai Raia
- Taman Herba SK Seri Jaya, Batu Gajah
- Taman Herba SK Sungai Itek, Gopeng
- Taman Herba SK Sungai Raia, Sungai Raia
PERLIS
PULAU PINANG
PUTRA JAYA
SELANGOR
SABAH
SARAWAK
TERENGGANU
LAIN-LAIN TEMPAT:
- Taman herba SK Atizoriah
- Taman herba SK Taman Herba
Jumaat, 4 Ogos 2017
Kelab Lestari Alam (Kelab Alam Sekitar)
PANDUAN
SK. MAHKOTA SARI, GERIK
DISEDIAKAN OLEH:
SAHAR NORDDIN BIN AWANG AHMED
SK. MAHKOTA SARI, GERIK
PRAKATA
Kelab Lestari Alam ini ditubuhkan untuk menanam semangat cintakan alam yang bersih, indah dan mendamaikan tanpa menolak pembangunan yang telah dijalankan. Oleh itu, diharap, murid mempunyai kesedaran dan menyemat semangat itu di hati sehingga dewasa kelak dan melakukan sesuatu perkara yang tidak akan merosakkan keindahan alam yang kita cintai ini.
KANDUNGAN
PRAKATA
KANDUNGAN
1. PENGENALAN
i. LATAR BELAKANG
ii. RASIONAL
iii. MATLAMAT
iv. OBJEKTIF
v. VISI
vi. MISI
vii. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
viii. BIDANG AKTIVITI BERSEPADU
ix. PEMANTAUAN
x. PENYEDIAAN BUKU LOG
2. PERLEMBAGAAN
i. NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR
ii. TUJUAN
iii. KESETIAAN ALAM SEKITAR
iv. LOGO DAN PENGERTIAN
v. BENDERA DAN PENGERTIAN
vi. KEAHLIAN
vii. PAKAIAN
viii. JAWATANKUASA
ix. YURAN
x. LARANGAN
xi. PEMBUBARAN
xii. RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN
3. KURIKULUM
i. KEMAHIRAN BIOLOGI
ii. TEKNIKAL AGRONOMI
iii. KEMANDIRIAN HUTAN
iv. SAINS BOTANI
v. SAINS ZOOLOGI
vi. AKTIVITI FOSSILOGI
vii. AKTIVITI LANDSKAPING
viii. DISKUSI EKOLOGI
ix. INOVASI GUNA SEMULA
x. INOVASI ALAM SEKITAR
xi. TEKNOLOGI TENAGA HIJAU
xii. TEKNOLOGI KITAR SEMULA
xiii. HARI ALAM SEKITAR
LAMPIRAN
PENGENALAN
1. LATAR BELAKANG
1.1 Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi akhlak, jasmani , emosi, rohani dan intelek ( AJERI ).
2. RASIONAL
2.1 Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia.
Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumber-sumber ini adalah tidak terhad. Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin berkurangan. Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif.
2.2 Ingatlah amaran Allah dalam Surah An-Naziaat ayat 30-33 yang bermaksud: “Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya. Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi) sebagai pasak yang menetapnya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang ternakan kamu.’
2.3 Aktiviti kelestarian alam diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
3. MATLAMAT
3.1 Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
4. OBJEKTIF
4.1 Menyemai nilai cintai alam sekitar di kalangan ahli-ahli
4.2 Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari hidupan flora dan fauna4.3 Memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat ekosistem semula jadi dalam konteks yang berbeza
4.4 Dapat mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan ekosistem dan seterusnya berusaha mengelakkannya terjadi.
4.5 Melahirkan minat-minat belajar di kalangan pelajar
4.6 Mewujudkan sikap bekerjasama di kalangan para pelajar.
4.7 Mengeratkan hubungan para pelajar tanpa mengira bangsa, umur dan jantina
4.8 Menyokong aktiviti anjuran MNS(Malaysian Nature Society)
4.9 Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga kebersihan alam sekitar
4.10 Menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar
4.11 Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi
5. VISI
5.1 Memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup rakyat masa kini dan akan datang
6. MISI
6.1 Menggalakkan, meningkatkan dan mengekalkan pengurusan alam sekitar yang baik dalam proses pembangunan negara
7. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
7.1 Kelab adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, Sekolah dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society)
7.2 Perlembagaan mula berkuatkuasa dari tarikh kelab berdaftar dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia7.3 Objektif kelab akan tercapai dengan gabungan aktiviti dalaman, lawatan sambil belajar dan penyelesaian masalah secara praktikal.
7.4 Tumpuan aktiviti adalah ke atas projek-projek tempatan di mana ahli-ahli :
i) mengenal pasti masalah di persekitaran mereka
ii) mendapatkan maklumat yang perlu
iii) memikir dan membina tindakan-tindakan alternatif yang sesuai
8. BIDANG AKTIVITI BERSEPADU
8.1 Disiplin dan kerohanian
8.2 Kemahiran, teknikal dan kemandirian8.3 Pengaplikasian sains dan sosial
8.4 Khidmat masyarakat
8.5 Pemuliharaan alam
8.6 Inovasi dan teknologi hijau
9. PEMANTAUAN
9.1 Pemantauan dijalankan oleh:
i. Penolong Kanan Kokurikulum
ii. Penyelaras bahagian Kelab
9.2 Pemantauan merangkumi:
i. Laporan aktiviti
ii. Laporan kewangan
10. PENYEDIAAN BUKU LOG
Setiap murid harus menyediakan sebuah buku log sebagai dokumen persendirian dan diurus dengan sebaik mungkin. Buku log Lestari Alam harus disediakan seperti di bawah:
10.1 Profail murid
10.2 Profail Kelab Lestari Alam
i. Kesetiaan Lestari Alam
ii. Logo
iii. Bendera
iv. Visi dan misi
10.3 Isi kandungan
10.4 Kurikulum (Bahagikan semua modul kepada 13 kolum)
i. Kemahiran Biologi
ii. Teknikal Agronomi
iii. Kemandirian Hutan
iv. Sains Botani
v. Sains Zoologi
vi. Aktiviti Fossilogi
vii. Aktiviti Landskaping
viii. Diskusi Ekologi
ix. Inovasi Guna Semula
x. Inovasi Alam Sekitar
xi. Teknologi Tenaga Hijau
xii. Teknologi Kitar Semula
xiii. Hari Alam Sekitar
PERLEMBAGAAN
1 NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR
1.1 Kelab ini dikenali dengan nama Kelab Lestari Alam
1.2 Alamat berdaftar di peringkat sekolah:
SK. Mahkota Sari, Gerik
2. TUJUAN
Tujuan Kelab Lestari Alam ditubuhkan ialah:
2.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
2.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.
2.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.
2.4 Mempelbagaikan kegiatan berpesatuan di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
2.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia.
2.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.
2.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta masyarakat dan berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
3. KESETIAAN ALAM SEKITAR
3.1 memahami tugas manusia sebagai khalifah di dunia
3.2 mencintai setiap keindahan dan kebersihan ciptaan Tuhan
3.3 melestari alam dalam bentuk semulajadi dan pembangunan berhikmah
4. LOGO DAN PENGERTIAN
4.1 Logo Kelab Lestari Alam
4.2 Pengertian logo
i. Perisai melambangkan biji benih yang melindungi benih kehidupan yang boleh digambarkan sebagai keimanan yang melindungi diri daripada gejala yang tidak sihat.
ii. Daun melambangkan alam sekitar ciptaan Tuhan yang Esa. Harapan dan bekalan.
iii. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat dan semangat.
iv. Warna biru melambangkan ketenangan dan sumber kehidupan atau tanah
v. Warna kuning melambangkan kehidupan keperbagaian biodiversiti.
vi. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.
5. BENDERA DAN PENGERTIAN
5.1 Bendera Kelab Lestari Alam
5.2 Pengertian bendera Kelab Lestari Alam
i. Warna putih melambangkan keikhlasan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.
6. KEAHLIAN
6.1 Keahlian terbuka kepada semua murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 SK. Mahkota Sari, Gerik tanpa mengira bangsa, jantina dan kedudukan sosial
6.2 Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab dalam kemajuan kelab
6.3 Berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung
6.4 Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan
6.5 Mestilah memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh kelab
7. PAKAIAN
7.1 Sesi perjumpaan mingguan - pakaian seragam sekolah
7.2 Sesi aktiviti kelab - Baju T dan seluar trek sukan
- Kasut berstoking
7.3 Pakaian tambahan - Sarung tangan
- Topi
- Apron
8. JAWATANKUASA
8.1 Guru Besar sebagai penaung kelab
8.2 Guru Penasihat kelab ditetapkan oleh pihak sekolah
8.3 Satu jawatan kuasa mengandungi :
i) Pengerusi
ii) Naib Pengerusi
iii) Setiausaha
iv) Naib Setiausaha
v) Bendahari
vi) AJK kecil
8.4 Sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan kuasa, jawatan akan dipangku oleh AJK baru atas nasihat Guru Penasihat sehinggalah Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang
8.5 Semua AJK bertanggungjawab mengurus dan mengatur aktiviti-aktiviti kelab dan membuat keputusan mengenai perjalanan kelab.
9. YURAN
9.1 Wang sebanyak RM5 setahun akan dikutip untuk pendaftaran ahli
10. LARANGAN
10.1 Kelab dilarang mengadakan hubungan individu dan pertubuhan luar tanpa pengetahuan Guru Penasihat
10.2 Dilarang melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran
11. PEMBUBARAN
11.1 Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftaran Persatuan secara bertulis
11.2 Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng daripada Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah
11. RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN
11.1 Program sekolah dalam taman
11.2 Program penanaman menggunakan baja organik
11.3 Program satu pelajar, satu pokok
11.4 Program penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok dari spesis yang sesuai
11.5 Melabelkan nama-nama saintifik dan nama tempatan pokok
11.6 Projek membuat baja kompos
11.7 Penubuhan stesen pembelajaran
11.8 Penyelenggaraan taman dan alatan
KURIKULUM
1. KEMAHIRAN
BIOLOGI
Matlamat
Melahirkan generasi pelajar yang
berkemahiran untuk merakam kejadian alam dan mendokumentasikannya sebagai
simpanan peribadi atau tatapan umum.
|
|||
TAHUN 3
a) Mencetak
b) Menekap
|
TAHUN 4
a) Melakar
b) Lakaran berbayang
|
TAHUN 5
a) Melukis
b) Fotoshoot
|
TAHUN 6
a) Menulis rencana
b) Atur letak
|
2. TEKNIKAL
AGRONOMI
Matlamat
Memberikan pendedahan awal kepada
murid tentang pertumbuhan tumbuhan iaitu organisma penting dalam kelestarian
dunia yang bersih dan nyaman. Teknikal Agronomi juga memberikan pendedahan
tentang tanaman dan kaedah-kaedah penanaman yang baik.
|
|||
TAHUN 3
a) Pengenalan biji
benih
b) Percambahan biji
benih
|
TAHUN 4
a) Pembentukan biji
benih
b) Sebaran biji benih
|
TAHUN 5
a) Kaedah pembiakan
tumbuhan
b) Kawalan musuh
|
TAHUN 6
a) Cantuman mata
tunas
b) Mengetut
|
3. KEMANDIRIAN
HUTAN
Matlamat
Sebagai seorang pencinta alam atau
ahli alamiah, kebanyakan masa adalah didalam hutan kerana tugasan mengkaji,
maka kemahiran untuk tinggal di hutan penting seperti mengenali jenis makanan
yang boleh dimakan dan kaedah mencari air serta bahan semulajadi yang boleh
dijadikan ubatan.
|
|||
TAHUN 3
a) Jenis-jenis ikatan
b) Bahan ikatan dan
gajet
|
TAHUN 4
a) Kaedah mencari air
b) Mengenali jenis angin, awan dan hujan
|
TAHUN 5
a) Pemakanan
b) Perubatan
c) Memahami masa
d) Persenjataan
|
TAHUN 6
a) Mencari tapak
perkhemahan
b) Memasang khemah
c) Menggunakan
kompas dan
petunjuk lain
|
4. SAINS
BOTANI
Matlamat
Pendedahan awal bagi murid yang
berminat untuk mengkaji tentang tumbuhan dan proses hidupnya.
|
|||
TAHUN 3
a) Pengelasan
tumbuhan dan fungi
b) Keperluan asas
tumbuhan
c) Fotosintesis
|
TAHUN 4
a) Pengenalan
tumbuhan berbunga
b) Pengenalan
tumbuhan tidak
berbunga
|
TAHUN 5
a) Mengenali
tumbuhan herba
b) Simbiosis
tumbuhan
|
TAHUN 6
a) Menganggar dan
memeta tumbuhan
b) Jenis-jenis hutan
|
5. SAINS
ZOOLOGI
Matlamat
Pendedahan awal bagi murid yang
berminat untuk mengkaji tentang haiwan dan proses hidupnya.
|
|||
TAHUN 3
a) Pengelasan haiwan
b) Keperluan asas
haiwan
c) Respirasi
|
TAHUN 4
a) Pengenalan haiwan
kordata
b) Pengenalan haiwan
invertebrata
|
TAHUN 5
a) Pembiakan
b) Kemandirian spesis
haiwan
c) Pemuliharaan
haiwan terancam
|
TAHUN 6
a) Menganggar dan
memeta haiwan
b) Fossilogi
c) Arkeologi
|
6. AKTIVITI
FOSSILOGI
Matlamat
Satu aktiviti yang boleh dijadikan
hobi seterusnya satu kerjaya pada masa hadapan dalam bidang arkeologi dan
fossilogi. Murid diajar kaedah mengumpul, merawat, mengelas dan mengkategori
serta menyimpan bahan yang dikumpul.
|
|||
TAHUN 3
a) Mengumpul daun
b) Mengumpul biji
benih
|
TAHUN 4
a) Mengumpul pokok
kecil
b) Mengumpul
jenis-jenis Batu
|
TAHUN 5
a) Mengumpul
pelbagai bulu
haiwan
b) Mengumpul kulit
siput
|
TAHUN 6
a) Mengumpul rangka
serangga
b) Membuat awetan
haiwan
|
7. AKTIVITI
LANDSKAPING
Matlamat
Aktiviti wajib iaitu membina atau
menyelenggara satu taman yang mengandungi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan atau
haiwan yang bertujuan untuk memupuk murid cintakan alam sekitar yang bersih
dan indah.
|
|||
TAHUN 3
a) Tanaman berpasu
b) Perkebunan
|
TAHUN 4
a) Aquarium
b) Jenis-jenis ikan dan
tanaman air
|
TAHUN 5
a) Terarium
b) Kaedah penanaman
|
TAHUN 6
a) Membina landskap
darat
b) Membina landskap
air
|
8. DISKUSI
EKOLOGI
Matlamat
Diskusi yang disertai tayangan vedio
atau gambar tentang ekologi serta permasalahan yang membelenggu ekosistem
dewasa ini.
|
|||
TAHUN 3
a) Pengenalan
ekosistem
b) Kitaran hidup
haiwan dan
tumbuhan
|
TAHUN 4
a) Rantai makanan
b) Jaringan makanan
|
TAHUN 5
a) Kitaran air
b) Kitaran tenaga
|
TAHUN 6
a) Pencemaran
b) Pemuliharaan
|
9. DISKUSI
AGAMA
Matlamat
Diskusi yang disertai dengan dalil dan hikmah berkaitan tentang tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.
|
|||
TAHUN 3
a)
b)
|
TAHUN 4
a)
b)
|
TAHUN 5
a)
b)
|
TAHUN 6
a)
b)
|
10. INOVASI
GUNA SEMULA
Matlamat
Satu aktiviti inovasi iaitu
menghasilkan barangan yang baru dari hasil buangan. Pada peringkat ini, murid
didedahkan kepada inovasi yang mudah dan bahan yang mudah ditemui.
|
|||
TAHUN 3
a) Kertas – Manik surat
khabar
b) Kertas – Origami
|
TAHUN 4
a) Kayu – Bingkai
gambar
b) Kayu – Ukiran kayu
|
TAHUN 5
a) Plastik – Bunga
straw
b) Kaca – Vas bunga
|
TAHUN 6
a) Logam – Arca dawai
b) Kain – Beg
|
11. INOVASI
ALAM SEKITAR
Matlamat
Pengenalan kepada inovasi orang-orang
dahulu yang menggunakan bahan semulajadi sebagai barangan keperluan masa itu.
|
|||
TAHUN 3
a) Daun – Bunga daun
getah
b) Daun – Tikar pandan
|
TAHUN 4
a) Batang – Kelarai
batang perun
b) Batang – Kraf buluh
|
TAHUN 5
a) Batang – Kraf rotan
b) Batang – Kraf kayu
terbuang
|
TAHUN 6
a) Tanah liat – Manik
dan perhiasan
b) Tanah liat – Pasu
buatan tangan
|
12. TEKNOLOGI
TENAGA HIJAU
Matlamat
Pengenalan kepada konsep tenaga
diperbaharui. Murid membina model sebenar untuk menerangkan fungsi tenaga
diperbaharui dan memahami tentang kecekapan tenaga dalam penggunaan tenaga
seharian.
|
|||
TAHUN 3
a) Tenaga suria
b) Teknologi tenaga
suria
|
TAHUN 4
a) Tenaga angin
b) Teknologi tenaga
angin
|
TAHUN 5
a) Tenaga air
b) Teknologi tenaga
air: sungai,
gelombang laut,
hujan
|
TAHUN 6
a) Tenaga biofuel
b) Teknologi tenaga
biofuel
|
13. TEKNOLOGI
KITAR SEMULA
Matlamat
Pengenalan kepada konsep kitar
semula. Murid melakukan aktiviti sebenar untuk memahami kaedah penghasilan
sesuatu teknologi yang mesra alam dan pengguna.
|
|||
TAHUN 3
a) Teknik mengumpul
maklumat (arkib)
b) Menjilid buku
|
TAHUN 4
a) Kitar semula kertas
b) Gunaan hasil kitar
semula kertas
|
TAHUN 5
a) Kitar semula logam-
Timah
b) Gunaan hasil kitar
semula logam
|
TAHUN 6
a) Membuat baja
organik
b) Membuat racun
serangga organik
|
14. HARI ALAM
SEKITAR
Matlamat
Menanam minat kepada murid agar
mencintai persekitaran yang bersih dan berusaha mengekalkan keindahan alam
tanpa menolak pembangunan yang dirancang.
|
|||
15. PROGRAM-PROGRAM YANG
BOLEH DIJALANKAN
-
Program pembebasan burung atau ikan
-
Program menanam pokok
-
Program kitar semula (pengumpulan dan penjualan)
- Program pengindahan
kawasan
-
Program sungai bersih
-
Program pengumpulan spesimen
-
Tayangan dokumentari tentang pencemaran dan pemuliharaan
-
Tayangan dokumentari tentang tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
-
Pameran hasil kitar semula dan hasil alam
-
Jualan barangan guna semula
-
Gotong royong membersihkan kawasan sekolah
|
Contoh aktiviti
1. KEMAHIRAN BIOLOGI
Matlamat
Melahirkan generasi pelajar yang berkemahiran untuk merakam kejadian alam dan mendokumentasikannya sebagai simpanan peribadi atau tatapan umum.
TAHUN 3
TAHUN 3
a) Mencetak
b) Menekap
TAHUN 4
a) Melakar
b) Lakaran berbayang
8. DISKUSI EKOLOGI
11. INOVASI ALAM SEKITAR
12. TEKNOLOGI TENAGA HIJAU
TAHUN 5
a) Melukis
b) Fotoshoot
TAHUN 6
a) Menulis rencana
b) Atur letak
2. TEKNIKAL AGRONOMI
Matlamat
Memberikan pendedahan awal kepada murid tentang pertumbuhan tumbuhan iaitu organisma penting dalam kelestarian dunia yang bersih dan nyaman. Teknikal Agronomi juga memberikan pendedahan tentang tanaman dan kaedah-kaedah penanaman yang ba
TAHUN 3
a) Pengenalan biji benih
b) Percambahan biji benih
TAHUN 4
a) Pembentukan biji benih
b) Sebaran biji benih
TAHUN 5
a) Kaedah pembiakan tumbuhan
b) Kawalan musuh
TAHUN 6
a) Cantuman mata tunas
b) Mengetut
3. KEMANDIRIAN HUTAN
Matlamat
Sebagai seorang pencinta alam atau ahli alamiah, kebanyakan masa adalah didalam hutan kerana tugasan mengkaji, maka kemahiran untuk tinggal di hutan penting seperti mengenali jenis makanan yang boleh dimakan dan kaedah mencari air serta bahan semulajadi yang boleh dijadikan ubatan.
TAHUN 3
a) Jenis-jenis ikatan
b) Bahan ikatan dan gajet
TAHUN 4
a) Kaedah mencari air
b) Mengenali jenis angin, awan dan hujan
TAHUN 5
a) Pemakanan
b) Perubatan
c) Memahami masa
d) Persenjataan
TAHUN 6
a) Mencari tapak perkhemahan
b) Memasang khemah
c) Menggunakan kompas dan petunjuk lain
4. SAINS BOTANI
Matlamat
Pendedahan awal bagi murid yang berminat untuk mengkaji tentang tumbuhan dan proses hidupnya.
TAHUN 3
a) Pengelasant tumbuhandan fungi
b) Keperluan asas tumbuhan
c) Fotosintesis
TAHUN 4
a) Pengenalan tumbuhan berbunga
b) Pengenalan tumbuhan tidak berbunga
TAHUN 5
a) Mengenali tumbuhan herba
b) Simbiosis tumbuhan
TAHUN 6
a) Menganggar dan memeta tumbuhan
b) Jenis-jenis hutan
5. SAINS ZOOLOGI
Matlamat
Pendedahan awal bagi murid yang berminat untuk mengkaji tentang haiwan dan proses hidupnya.
TAHUN 3
a) Pengelasan haiwan
b) Keperluan asas haiwan
c) Respirasi
TAHUN 4
a) Pengenalan haiwan kordata
b) Pengenalan haiwaninvertebrata
TAHUN 5
a) Pembiakan
b) Kemandirian spesish haiwan
c) Pemuliharaan haiwan terancam
TAHUN 6
a) Menganggar dan memeta haiwan
b) Fossilogi
c) Arkeologi
6. AKTIVITI FOSSILOGI
Matlamat
Satu aktiviti yang boleh dijadikan hobi seterusnya satu kerjaya pada masa hadapan dalam bidang arkeologi dan fossilogi. Murid diajar kaedah mengumpul, merawat, mengelas dan mengkategori serta menyimpan bahan yang dikump
TAHUN 3
a) Mengumpul daun
b) Mengumpul biji benih
TAHUN 4
a) Mengumpul pokok kecil
b) Mengumpul jenis-jenis Batu
TAHUN 5
a) Mengumpul pelbagai bulu haiwan
b) Mengumpul kulit siput
TAHUN 6
a) Mengumpul rangka serangga
b) Membuat awetan haiwan
7. AKTIVITI LANDSKAPING
Matlamat
Aktiviti wajib iaitu membina atau menyelenggara satu taman yang mengandungi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang bertujuan untuk memupuk murid cintakan alam sekitar yang bersih dan indah.
TAHUN 3
a) Tanaman berpasu
b) Perkebunan
TAHUN 4
a) Aquarium
b) Jenis-jenis ikan dan tanaman air
TAHUN 5
a) Terarium
b) Kaedah penanaman
TAHUN 6
a) Membina landskap darat
b) Membina landskap air
8. DISKUSI EKOLOGI
Matlamat
Diskusi yang disertai tayangan vedio atau gambar tentang ekologi serta permasalahan yang membelenggu ekosistem dewasa ini.
TAHUN 3
a) Pengenalan ekosistem
b) Kitaran hidup haiwan dan tumbuhan
TAHUN 4
a) Rantai makanan
b) Jaringan makanan
TAHUN 5
a) Kitaran air
b) Kitaran tenaga
TAHUN 6
a) Pencemaran
b) Pemuliharaan
9. DISKUSI
AGAMA
Matlamat
Diskusi
yang disertai tayangan vedio atau gambar tentang ekologi serta permasalahan
yang membelenggu ekosistem dewasa ini.
TAHUN 3
a)
b)
TAHUN 4
a)
b)
TAHUN 5
a)
b)
TAHUN 6
a)
b)
10. INOVASI GUNA SEMULA
Matlamat
Satu aktiviti inovasi iaitu menghasilkan barangan yang baru dari hasil buangan. Pada peringkat ini, murid didedahkan kepada inovasi yang mudah dan bahan yang mudah ditemui.
TAHUN 3
a) Kertas – Manik surat khabar
b) Kertas – Origami
TAHUN 4
a) Kayu – Bingkai gambar
b) Kayu – Ukiran kayu
TAHUN 5
a) Plastik – Bunga straw
b) Kaca – Vas bunga
TAHUN 6
a) Logam – Arca dawai
b) Kain – Beg
11. INOVASI ALAM SEKITAR
Matlamat
Pengenalan kepada inovasi orang-orang dahulu yang menggunakan bahan semulajadi sebagai barangan keperluan masa itu.
TAHUN 3
a) Daun – Bunga daun getah
b) Daun – Tikar pandan
TAHUN 4
a) Batang – Kelarai batang perun
b) Batang – Kraf buluh
TAHUN 5
a) Batang – Kraf rotan
b) Batang – Kraf kayu terbuang
12. TEKNOLOGI TENAGA HIJAU
Matlamat
Pengenalan kepada konsep tenaga diperbaharui. Murid membina model sebenar untuk menerangkan fungsi tenaga diperbaharui dan memahami tentang kecekapan tenaga dalam penggunaan tenaga seharian.
TAHUN 3
a) Tenaga suria
b) Teknologi tenaga suria
TAHUN 4
a) Tenaga angin
b) Teknologi tenaga angin
TAHUN 5
a) Tenaga air
b) Teknologi tenaga air: sungai, gelombang laut, hujan
TAHUN 6
a) Tenaga biofuel
b) Teknologi tenaga biofuel
13. TEKNOLOGI KITAR SEMULA
Matlamat
Pengenalan kepada konsep kitar semula. Murid melakukan aktiviti sebenar untuk memahami kaedah penghasilan sesuatu teknologi yang mesra alam dan pengguna.
TAHUN 3
a) Teknik mengumpul maklumat (arkib)
b) Menjilid buku
TAHUN 4
a) Kitar semula kertas
b) Gunaan hasil kitar semula kertas
TAHUN 5
a) Kitar semula logam - Timah
b) Gunaan hasil kitar semula logam
TAHUN 6
a) Membuat baja organik
b) Membuat racun serangga organik
14. HARI ALAM SEKITAR
Matlamat
Menanam minat kepada murid agar mencintai persekitaran yang bersih dan berusaha mengekalkan keindahan alam tanpa menolak pembangunan yang dirancang.
PROGRAM-PROGRAM YANG BOLEH DIJALANKAN
i. Programpembebasan burung atau ikan
ii. Program menanam pokok
iii. Program kitar semula (pengumpulan dan penjualan)
iv. Proram pengindahan kawasan
v. Program sungai bersih
iv. Proram pengindahan kawasan
v. Program sungai bersih
vi. Program pengumpulan spesimen
vii. Tayangan dokumentari tentang pencemaran dan pemuliharaan
viii.Tayangan dokumentari tentang tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
ix. Pameran hasil kitar semula dan hasil alam
x. Jualan barangan guna semula
xi. Gotong royong membersihkan kawasan sekolah
Langgan:
Catatan (Atom)